Pulau Pinang - Jika menjelajah ke seluruh Tapak Warisan Dunia di sini,
mata pengunjung pastinya tidak akan terlepas daripada melihat sebuah
masjid yang begitu unik seni binanya.
Itulah Masjid Melayu Lebuh Acheh, iaitu masjid tertua di negeri ini dibina pada 1808.
Ia dilengkapi menara bersegi lapan, kolah wuduk, tandas, perigi, anjung dan kawasan makam yang mencerminkan gabungan pengaruh seni bina Moorish (seni bina yang berasal dari utara India) dan China.
Masjid Lebuh Aceh merupakan antara tempat menarik yang selalu dikunjungi oleh pelancong asing dan tempatan.
Selain itu, ramai masyarakat Acheh dari Indonesia melawat ke situ kerana berasa terikat dari segi emosi berikutan ia dibina oleh nenek moyang mereka.
Berdasarkan fakta sejarah, pembinaan Masjid Melayu Lebuh Acheh bermula pada 1792 apabila Tengku Syed Hussain Al-Aidid, seorang kerabat diraja Acheh dari Sumatera membuka sebuah perkampungan masyarakat Islam di Lebuh Acheh di sini.
Hasil kekayaan yang dimiliki, Syed Hussain dengan kerjasama kaum keluarga dan pengikutnya mendirikan sebuah masjid, menara, kediaman, deretan rumah kedai, madrasah al-Quran dan pejabat perdagangan di perkampungan berkenaan.
Hasil usahanya itu secara tidak langsung telah mewujudkan sebuah pusat pengajian agama Islam dan pusat perdagangan antarabangsa yang bukan sahaja terkenal pada ketika itu tetapi juga yang terulung dan terawal di Pulau Pinang.
Selepas meninggal dunia pada pertengahan abad
ke-19, jenazahnya disemadikan di sebuah makam di sebelah masjid tersebut
termasuk kubur-kubur kaum kerabatnya.
Meskipun Syed Hussain sudah tiada, perkampungan tersebut terus berkembang maju dan mencapai tahap kegemilangannya sehingga akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Sehinggakan perkampungan itu dikenali sebagai ‘Jeddah Kedua’ di rantau ini.
Ia kerana kawasan itulah lokasi pengumpulan ratusan bakal-bakal haji dari Malaysia, Indonesia dan Thailand sebelum berlepas ke tanah suci Mekah.
Setiap kali musim haji tiba, pekarangan dan persekitaran Masjid Melayu Lebuh Acheh menjadi sibuk bukan sahaja dipenuhi bakal-bakal haji yang menunggu dokumen perjalanan diproses tetapi juga dibanjiri oleh saudara-mara dan sahabat handai yang menghantar mereka.
Ketika itu, hampir kesemua rumah di kawasan masjid mendapat permintaan tinggi untuk disewakan kepada orang ramai.
Bagaimanapun, segala urusan haji terhenti semasa Perang Dunia Kedua dan disambung semula pada 1949.
Dengan tertubuhnya Lembaga Urusan dan Tabung Haji Malaysia pada awal 1970-an, perkhidmatan pengurusan haji di perkampungan itu telah dihentikan.
Selain menjadi pusat perniagaan Melayu dan pusat haji, kawasan perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh juga menjadi pusat pengajian agama Islam yang terulung di Pulau Pinang.